Jenis Pembiayaan yang ditawarkan kepada penjawat awam melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah seperti berikut :
Jenis 1 ialah Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap (Rumah Sub-Sale)
Penjawat awam dibenarkan membeli hartanah yang telah digadai kepada bank atau institusi kewangan dan pembiayaan bersama ahli keluarga dengan penjual juga dibenarkan seperti suami dan isteri, ibu dan anak, ayah dan anak serta adik beradik kandung.
Jenis 2 ialah Membina rumah di atas tanah sendiri (Buat Rumah Sendiri)
Penjawat awam juga boleh membuat pinjaman untuk bina rumah sendiri jika telah mempunyai tanah yang sah di atas nama individu tersebut. Pembinaan rumah boleh dimulakan selepas mendapat pembiayaan kelulusan. Pembinaan rumah mestilah mengikut spesifikasi dan pelan yang telah diluluskan oleh LPPSA.
Jenis 3 ialah Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan (Rumah Baru)
Penjawat awam boleh membeli rumah kediaman yang sedang dibina. Pembelian rumah tersebut mestilah mempunyai Hakmilik Individu atau Hakmilik Induk dan kategori tanah adalah berjenis Bangunan.
Jenis 4 ialah Membeli tanah dengan tujuan membina rumah (Beli Tanah)
Penjawat awam juga dibolehkan untuk membeli tanah bagi tujuan untuk membina rumah di masa akan datang. Tanah tersebut mesti berstatus hakmilik individu dan berjenis bangunan.
Jenis 5 ialah Menyelesaikan hutang pinjaman bank/ institusi kewangan (Selesaikan Baki Hutang Rumah/Tanah)
Penyelesaian keseluruhan pinjaman sedia ada daripada bank atau institusi kewangan yang diambil bagi maksud membeli tanah, dengan adanya rumah kediaman atau tanpa rumah kediaman diatasnya, atau membuatjalan masuk kerumah kediaman dan membina rumah kediaman dan sebelum pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Jenis 6 ialah Membina rumah di atas tanah pemohon yag dibeli melalui pinjaman kerajaan (Bina Rumah Atas Tanah Sendiri)
Jenis 7 ialah Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman (Ubahsuai Rumah)
Pengubahsuaian rumah kediaman yang dibenarkan adalah rumah yang dibeli atau di biayai melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
0 Comments