Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang cuti. Ramai beranggapan cuti ini adalah hak mereka. Tidak...cuti bukan hak kita.
Cuti adalah satu keistimewaan yang diberikan atau kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam.
Jadi rujuklah pekeliling Perintah Am 7 hingga 11 bab C (Cuti) dan MyPPSM SR.5.1.1 untuk pengetahuan yang lebih jelas tentang cuti rehat tahunan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis cuti-cuti kerana perkhidmatan adalah seperti berikut :
a) Cuti Rehat
Cuti yang diberi untuk tujuan kecekapan dan kepentingan pegawai.
b) Cuti Separuh Gaji
Cuti bagi menjaga ahli keluarga terdekat disebabkan masalah kesihatan sahaja. Contoh ahli keluarga terderkat seperi suami atau isteri, anak kandung, anak angkat yang diiktiraf, ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, adik beradik, datuk atau nenek pegawai.
c) Cuti Tanpa Gaji
Cuti atas urusan persendirian yang mustahak yang tidak menyalahi peraturan dan tatatertib pegawai Perkhidmatan Awam.
0 Comments