Cuti rehat diambil pada tiap-tiap tahun oleh setiap pegawai untuk tujuan kecekapan dan untuk pegawai itu sendiri. Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah berdasarkan tarikh lantikan.
Jadual 1: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil. 4/2002
Bagi pegawai yang dilantik sebelum 1 September 2005, menerima opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan dan berkhidmat kurang 10 tahun bagi pegawai gred 1 hingga gred 20 akan mendapat cuti sebanyak 20 hari, manakala gred 21 hingga gred 30 akan mendapat cuti sebanyak 25 hari dan bagi gred 31 hingga gred 54 dan peringkat tertinggi akan mendapat cuti tahunan sebanyak 30 hari.
Bagi pegawai yang dilantik sebelum 1 September 2005 dan berkhidmat genap 10 tahun akan mendapat tambahan cuti sebanyak 5 hari dari cuti asal. Bagi pegawai gred 1 hingga gred 20 akan mendapat cuti sebanyak 25 hari, manakala gred 21 hingga gred 30 akan mendapat cuti sebanyak 30 hari dan bagi gred 31 hingga gred 54 dan peringkat tertinggi akan mendapat cuti tahunan sebanyak 35 hari.
Bagi pegawai yang dilantik sebelum 1 September 2005 hingga 31 Disember 2008, menolak opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan dan berkhidmat kurang 10 tahun bagi pegawai gred 1 hingga gred 20 akan mendapat cuti sebanyak 20 hari, manakala gred 21 hingga gred 30 akan mendapat cuti sebanyak 25 hari dan bagi gred 31 hingga gred 54 dan peringkat tertinggi akan mendapat cuti tahunan sebanyak 30 hari.
Bagi pegawai yang dilantik sebelum 1 September 2005 hingga 31 Disember 2008, menolak opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan dan berkhidmat genap 10 tahun akan mendapat tambahan cuti sebanyak 5 hari dari cuti asal hanya terpakai bagi pegawai gred 1 hingga gred 20 yang akan mendapat cuti sebanyak 25 hari dan gred 21 hingga gred 30 akan mendapat cuti sebanyak 30 hari. Bagi gred 31 hingga gred 54 dan peringkat tertinggi akan mendapat cuti tahunan asal sebanyak 30 hari sahaja.
Bagi pegawai lantikan pertama mulai 1 Januari 2009, menerima opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan dan berkhidmat kurang 10 tahun bagi pegawai gred 1 hingga gred 20 akan mendapat cuti sebanyak 20 hari, manakala gred 21 hingga gred 30 akan mendapat cuti sebanyak 25 hari dan bagi gred 31 hingga gred 54 dan peringkat tertinggi akan mendapat cuti tahunan sebanyak 25 hari. Manakala jika pegawai genap 10 tahun perkhidmatan pegawai gred 1 hingga gred 20 akan mendapat cuti sebanyak 25 hari, manakala gred 21 hingga gred 30 kekal mendapat cuti sebanyak 25 hari dan bagi gred 31 hingga gred 54 dan peringkat tertinggi juga kekal mendapat cuti tahunan sebanyak 25 hari.
*Kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim serta Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan/Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang menjalankan tugas-tugas mengajar di sekolah, kolej komuniti atau politeknik yang menikmati kemudahan Cuti Penggal dan Cuti Rehat Khas.
Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai lantikan kontrak dan sementara bagi pegawai gred 1 hingga gred 20 akan mendapat cuti sebanyak 20 hari, manakala gred 21 hingga gred 30 akan mendapat cuti sebanyak 25 hari dan bagi gred 31 hingga gred 54 dan peringkat tertinggi akan mendapat cuti tahunan sebanyak 25 hari.
Cuti Kerana Perkhidmatan
Ceraian SR.5.1.1 : Kadar Cuti Rehat Tahunan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
0 Comments