Cuti Separuh gaji diperuntukkan kepada penjawat awam bagi menjaga ahli keluarga terdekat disebabkan masalah kesihatan sahaja. Contoh ahli keluarga terderkat seperi suami atau isteri, anak kandung, anak angkat yang diiktiraf, ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, adik beradik, datuk atau nenek pegawai.
Cuti separuh gaji tidak boleh diberi kepada pegawai wanita yang bersalin kerana telah ada peruntukkan cuti bersalin. Pegawai yang mengambil cuti separuh gaji boleh mengurangkan kelayakkan cuti rehat sedia ada. Sekiranya pernah mengambil cuti separuh gaji sebelumnya, maka pegawai masih boleh mengambil cuti separuh gaji asalkan tidak mencapai had maksimum 180 hari. Bagi mendapat kelulusan cuti separuh gaji, surat pengesahan daripada pegawai perubatan perlu disertakan. Kelulusan cuti separuh gaji daripada Ketua Jabatan mengambil masa 14 hari bekerja. Bagi kemudahan Cuti Separuh Gaji ini hanya terpakai untuk pegawai kerajaan berstatus TETAP sahaja.
Maklumat ini boleh dirujuk pada pekeliling Perintah Am Bab C 13.
0 Comments