Pemberian hadiah dikalangan pembekal kepada penjawat awam biasanya berlaku bertujuan untuk tanda terima kasih di atas penghargaan dan kerjasama yang diberikan. Walau bagaimanapun terdapat juga maksud yang sukar dijelaskan maksud dan tujuan hadiah diberikan tersebut. Oleh itu satu pekeliling diwujudkan untuk mengawal intergriti dan imej perkhidmatan awam.

Bagi maksud pekeliling ini, Hadiah dan Jabatan Kerjaan bermaksud seperti berikut :

Hadiah

Hadiah termasuklah pemberian harta, wang, tambang percuma, kenderaan, tiket loteri, saham, kemudahan perjalanan, perkhidmatan, keahlian kelab,  hiburan, apa-apa bentuk komisen atau diskaun, barang kemas, hamper, cendermata, perhiasan atau apa-apa benda yang bernilai yang diberi atau diterima oleh pegawai kerajaan dengan tiada balasan atau balasan. 

Jabatan Kerajaan

Jabatan Kerajaan adalah seperti Kementerian, Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang lain.

Pemberian dan Penerimaan Keraian oleh Pegawai Awam

Pegawai awam boleh memberi atau menerima keraian jika tidak mempengaruhi tugas rasminya atau tidak bercanggah dengan tatakelakuan sebagai pegawai awam. Perkara ini boleh di rujuk Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993, Khususnya subperaturan 4.(2)(a),(b) dan (c).