Cuti atas urusan peribadi, keluarga dan kecemasan adalah kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga  Terdekat kepada pegawai perkhidmatan awam. Tujuan cuti ini diberikan adalah untuk membantu ahli keluarga bagi mengurusan jenazah dan urusan berkaitan kematian. 

Cuti tanpa rekod akan diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut kepada pegawai Perkhidmatan Awam bagi membantu urusan pengebumian dan membantu waris-waris jenazah bagi lain-lain urusan yang berkaitan.

Kemudahan cuti ni tertakluk kepada kematian seorang ibu mertua atau bapa mertua sahaja dalam tempoh perkhidmatan kerajaan.

Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah bermula pada tarikh hari kematian ahli keluarga terdekat. Tetapi jika kematian berlaku selepas waktu kerja, cuti bermula pada keesokkan harinya. Kiraan tiga hari berturut-turut ini termasuklah hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 

Rujukan : 
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2015:
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat.