Bagi yang ingin menyertai skim perlindungan Cuepacs Care adalah digalakkan kerana kos bayaran yang mampu milik setiap bulan dan memberi manfaat yang baik kepada pegawai kerajaan sepertimana menyertai skim perlindungan lain di luar sana yang memakan kos bulanan yang tinggi.
Berikut adalah jadual sumbangan untuk pelan perlindungan Cuepacs Care :
Bayaran bulanan bagi pelan keluarga adalah sebanyak RM106.00 sebulan bagi had umur 18 tahun hingga 55 tahun. Manakala bagi umur 56 tahun hingga 59 tahun bayaran bulanan meningkat kepada RM174.00 sebulan.
Bayaran bulanan bagi pelan individu adalah sebanyak RM40.00 sebulan bagi had umur 18 tahun hingga 55 tahun. Manakala bagi umur 56 tahun hingga 59 tahun bayaran bulanan meningkat kepada RM69.00 sebulan.
Perlindungan ini akan berkuatkuasa lima belas (15) hari selepas sumbangan pertama diterima daripada CUEPACS dan bukan dari tarikh potongan pertama. Bayaran sumbangan adalah melalui potongan ANGKASA. Untuk permohonan pelan perlindungan ini boleh layari https://cuepacscare.my/penyertaan/.
0 Comments