Sebagai penjawat awam, kerajaan juga menyediakan pelan perlindungan yang mampu milik bagi setiap anggota kerjanya. Pelan perlindungan ini diuruskan oleh Cuepacare (https://cuepacscare.my/perlindungan/). Pelan tersebuat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Pelan Individu dan Pelan Keluarga. 

Pelan Individu 
Pelan Individu tepakai untuk ahli daripada umur 18 tahun sehingga 60 tahun. Pelan ini boleh dilanjutkan sehingga umur 70 tahun. Had tahunan  perlindungan adalah sebanyak RM40,000 setiap tahun dimana RM20,000 bagi setiap ketidakupayaan.

Pelan Keluarga
Pelan Keluarga memberi perlindungan kepada ahli dan pasangan serta anak. Bilangan anak tiada had limit. Had umur anak bermula dari 30 hari sehingga 18 tahun. Sekiranya anak masih belum berkahwin pelan boleh dilanjutkan sehingga anak berumur 23 tahun. Had tahunan perlindungan adalah sebanyak RM60,000 setiap tahun dimana RM20,000 bagi setiap ketidakupayaan.

*Setiap ketidakupayaan bermaksud bayaran bil hospital tertakluk kepada jenis penyakit yang sama dan komplikasinya dalam tempoh 90 hari. Jika ahli tidak menggunakan skim perlindungan ini jumlah had tahunan tetap tidak akan berganda.


Skop Perlindungan


Skop perlindungan yang diberikan adalah bilik dan penginaan hospital serta unit rawatan rapi, bayaran pembedahan, bilik bedah dan pakar anestasia, bekalan dan khidmat penghospitalan serta perundingan pakar dan ujian diagnosis pra-penghospitalan. Manakala jadual perlindungan adalah rawatan pesakit luar bagi kemalangan dan kecemasan, rawatan dialisis buah pinggang dan rawatan kanser pesakit luar bulanan, yuran ambulan, laporan perubatan dan elaun tunai harian di hospital kerajaan serta rawatan pasca penghospitalan.