Skim pencen di Malaysia diberikan kepada penjawat awam yang berstatus tetap dan layak mengikut peraturan dan syarat serta kepada tanggungan anggota berpencen yang meninggal dunia sama ada semasa masih dalam perkhidmatan Kerajaan ataupun selepas bersara. Faedah persaraan ini disebut sebagai Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan.
Ganjaran Terbitan adalah pemberian faedah yang dibayar sekaligus kepada wakil atau tanggungan yang sah disisi undang-undang pegawai atau pekerja yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
Pencen Terbitan adalah pencen bulanan yang diberi disebabkan oleh kematian pesara, pegawai atau pekerja. Pencen ini akan dibayar kepada waris pesara, pegawai atau pekerja seperti mana yang dinyatakan oleh Undang-Undang Pencen.
Jenis-Jenis Faedah Persaraan yang diberikan kepada Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan adalah seperti berikut :
a) Pencen Perkhidmatan yang dibayar secara bulanan;
b) Ganjaran Perkhidmatan yang dibayar sekaligus; dan
c) Award Wang Tunai bagi Gantian Cuti Rehat, di mana bayaran adalah sekaligus.
b) Ganjaran Perkhidmatan yang dibayar sekaligus; dan
c) Award Wang Tunai bagi Gantian Cuti Rehat, di mana bayaran adalah sekaligus.
0 Comments