Kemudahan Perumahan Kerajaan adalah rumah kediaman yang diberikan kepada pegawai yang layak mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Berikut adalah jenis rumah kediaman yang telah diperuntukkan untuk kakitangan kerajaan :

Rumah Khas Jabatan (RKJ) 

Khas untuk pegawai yang dikehendaki berada setiap masa berdekatan dengan tempat bekerja. 

Rumah Khas Jawatan 

Khas untuk pegawai yang memegang jawatan tertentu seperti Ketua Jabatan yang berjawatan gred Jawatan Utama 'B' dan ke bawah. 

Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan 

Rumah yang dikhaskan untuk seseorang penjawat jawatan tinggi yang rumahnya disediakan Kerajaan dengan perabot dan kelengkapan seperti Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Jabatan bertaraf Ketua Pengarah dan Ketua Perkhidmatan yang berjawatan gred Jawatan Utama 'A' dan ke atas. 

 Penetapan Kelayakan Kelas Rumah Kerajaan Mengikut Gred


Pegawai yang layak menduduki rumah kerajaan perlu membuat bayaran mengikut kadar dan kaedah yang telah ditetapkan iaitu potongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)  daripada kelayakan pegawai.