Bekerja di Perkhidmatan Awam hendaklah mematuhi syarat-syarat lantikan terutamanya memiliki kelayakan akademik iaitu Lulus Bahasa Melayu.

Syarat Bahasa Melayu

Kelayakkan Bahasa Melayu dalam lantikan sebagai penjawat awam sangat penting mengikut pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan yang berkuat kuasa mulai 1 September 1967.

Calon-calon sebagai penjawat awam perlu melepasi syarat Lulus dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) mengikut skim perkhidmatan. Selain itu juga jika calon memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dan mendapat Prinsipal dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu boleh dianggap memenuhi syarat Lulus Bahasa Melayu untuk pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam.