Waktu Bekerja Fleksi (WBF) adalah jadual kerja yang diberikan oleh Kerajaan kepada penjawat awam. Waktu pejabat bagi WBF adalah bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Manakala WBF pada hari khamis bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ialah dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Berikut adalah hari dan tempoh waktu bekerja bagi penjawat awam di Malaysia.
Hari dan Tempoh Waktu Bekerja
WBF di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan
Putrajaya)
Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta
Sarawak
Bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) waktu bekerja adalah bermula dari hari Isnin sehingga hari Jumaat. Waktu masuk bekerja adalah bemula jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Manakala waktu pulang bermula jam 4.30 petang hingga 6.00 petang. Jumlah jam kerja adalah sebanyak 9 jam.
Bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor pula waktu bekerja adalah bermula dari hari Ahad hingga hari Khamis. Pada hari Ahad hingga Rabu, waktu masuk bekerja adalah jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Manakala waktu pulang bermula jam 4.30 petang hingga 6.00 petang. Bagi hari Khamis pula waktu masuk bekerja adalah jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Manakala waktu pulang bermula jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Jumlah jam kerja pada hari Khamis adalah sebanyak 7 jam 30 minit.
Waktu rehat hari Isnin hingga Khamis untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) adalah bermula 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang. Waktu rehat pada hari jumaat bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) pada pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang manakala waktu rehat bagi negeri Sabah pada hari jumaat bemula pukul 11.30 pagi hingga 2.00 petang dan waktu rehat negeri Sarawak bermula pukul 11.45 pagi hingga 2.15 petang.
Manakala waktu rehat hari Ahad hingga Khamis bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor pula pada adalah bermula 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang.
0 Comments