Kerajaan juga memberi fleksibiliti kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit dalam bulan Ramadan bagi membenarkan pegawai meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal. Pegawai boleh memilih untuk mengurangkan waktu rehat sebanyak 30 minit berdasarkan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Bulan Ramadan. Di bawah adalah jadual WBF yang telah digariskan :


WBF Bulan Ramadan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya); Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Sarawak

WBF Bulan Ramadan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

WBF terpakai untuk semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Bagi waktu bekerja selain daripada WBF, waktu bekerja adalah tertakluk kepada Ketua Jabatan.

Untuk pelaksanaan WBF Ramadan, pegawai perlu mengisi satu borang yang telah disediakan bagi persetujuan memilih waktu rehat yang di tetapkan iaitu 30 minit waktu rehat. 

Bagi kementerian, jabatan dan agensi yang mempunyai perkhidmatan kaunter pula perlu diselaraskan dengan pegawai supaya tidak terjejas dengan perlaksanaan WBF ini. Kaunter perlu dibuka secara berterusan dan Ketua Jabatan harus membuat penyesuaian jadual rehat untuk pegawai tersebut.