Kemudahan perubatan percuma diberikan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga yang berkelayakan. Mereka akan diberi kemudahan perubatan secara percuma di klinik dan hospital kerajaan. Sekiranya kemudahan perubatan yang diperlukan tidak terdapat di klinik dan hospital kerajaan, kemudahan perubatan tersebut boleh dibuat di klinik atau hospital swasta dengan tanggungan daripada kerajaan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Kemudahan perubatan ini layak diberikan kepada:

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan lantikan tetap, kontrak

Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Skim Pencen dan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara atas sebab berikut:

(a) bersara apabila mencapai opsyen umur bersara;
(b) atas sebab kesihatan;
(c) apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan;
(d) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki;
(e) atas alasan bahawa pegawai ditamatkan atas sebab kepentingan awam; atau
(f) mati dalam perkhidmatan.

Ahli keluarga mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ibu bapa yang sah sahaja dibenarkan menerima kemudahan perubataan tertakluk di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia.