Pegawai Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pegawai Perkhidmatan Pasukan Polis dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mempunyai kemudahan pinjaman / pembiayaan kenderaan. Kenderaan ini ditakrifkan sebagai motosikal, kereta, enjin bot, motobot, bot dan basikal. Bagi tujuan pembiayaan tersebut, Kerajaan telah melantik dua institusi kewangan sebagai bank pembiaya iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Commerce Investment Merchant Bank (CIMB).
Syarat-Syarat Pinjaman
Pegawai yang berjawatan tetap dan pegawai yang berkhidmat secara kontrak adalah pegawai yang layak memohon pinjaman kenderaan. Pinjaman ini adalah berdasarkan kelayakkan pegawai. Boleh rujuk jadual seperi di bawah.
Untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, pegawai yang berjawatan tetap sahaja dibernarkan untuk memohon pinjaman kereta. Mereka yang bergaji pokok tidak kurang daripada RM1,620.00 dan memegang jawatan penting seperti Guru Besar, Pengetua, Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Hal Ehwal Murid dan Ko-Kurikulum dan Warden Asrama layak memohon.
Pinjaman kenderaan hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh lima (5) tahun dengan syarat pinjaman sedia ada telah diselesaikan.
Bagi pegawai yang masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak masih boleh memohon pinjaman kenderaan dengan syarat dijamin oleh dua (2) orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya. Bagi perkhidmatan polis, pinjaman hendaklah dijamin oleh dua (2) orang pegawai dari Inspektor ke atas atau dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan dari Gred 27 ke atas yang telah disahkan dalam jawatannya.
Berikut jadual jumlah pinjaman yang boleh diberi kepada seseorang pegawai :
0 Comments